Kenapa Saya Pilih Bisnes Ini?
1. Saya jadi terbeban dan jemu dengan kehidupan yang dikelilingi hutang . Hutang rumah. Hutang kereta. Hutang Kad Kredit. Hutang Perabot. Hutang Barangan elektrik. Hutang Agensi Kerajaan dan pelbagai jenis hutang lain yang begitu memeningkan. Nasib baik tak ada hutang Along. Alhamdulillah makan pun tak adalah sampai buka akaun buku 555. Beban hutang merosakkan kualiti kehidupan saya sekian lama. Saya hidup dalam ketakutan. Takut dengan bayang-bayang sendiri…andaikata saya mati hari ini…apa akan jadi dengan anak isteri saya. Apa yang saya ada untuk diwariskan kepada mereka untuk kelangsungan hidup mereka? Satu-satunya yang saya miliki untuk diwariskan hanyalah beban hutang….mudah2an fenomena ini tidak berlaku ke atas saya.
2. Saya pernah kerja makan gaji. Dah puas atur kompeni. Dari insurance, masuk bank terus sampai ke Industri Teknologi Tinggi. Kompeni makin besar, makin gah saya juga akhirnya yang rebah. Hampir 20 tahun menjadi hamba kepada berbagai jenis boss yang meloyakan…saya hidup dalam keadaan JOB ! You know what? Just Over Broke !
3. Saya pernah berniaga cara lama, cara biasa, cara yang menjadi tradisi, cara yang sudah menjadi budaya niaga kita sejak sekian lama (cara “conventional” kata orang kampung saya) . Meniaga Kedai Makan. Dari awal subuh membawa ke malam. Sibuk tak berhenti. Letih badan tak usah cakap lagi, tapi hasilnya hanya sekadar cukup untuk rolling balik besok pagi saja. Mana boleh jadi kalau macam ni…? Tak ada ke cara lain yang lebih smart untuk buat duit nak hidup senang?
4. Saya terkilan dan kecewa kerana tidak sempat melakukan yang sepatutnya untuk membalas jasa kedua orang tua saya semasa hayat mereka masih ada. Jasa mereka telalu besar untuk dikenang….terlalu besar…. Kini kedua2nya telah pergi buat selamanya dan tidak sempat menjamah sedikit pun hasil usaha saya. Pun begitu saya tetap menaruh harapan untuk terus berbakti kepada keduanya walau mereka sudah di alam baqa. Inilah perlambangan kasih sayang saya kepada keduanya yang tak kunjung padam hingga ke akhir nafas saya. Mudah2an Allah membuka ruang yang lebih luas untuk saya terus menabur bakti kepada mereka.
5. Saya ni sudah pertengahan umur. Bukan orang muda lagi dah. Rakan2 sebaya saya ramai yang sudah menjadi orang bergelar, dengan YBnya, Dato’nya, dengan Doktornya dan dengan Profnya. Tapi saya masih tidak mencapai kejayaan signifikan yang boleh dibanggakan dalam hidup saya. Mana boleh jadi kalau macam ni. Bukankah jalan rezeki itu pelbagai? Tuhan memberi ruang, bisnes ini ciptakan peluang, kenapa saya tak nak rebut peluang ini. Sampai bila nak jadi pemerhati aje…orang lain hari2 buat duit, makin hari makin kaya. Tak ada rasa cemburu ke? Biar saya mencemburui mereka, asal saya tidak dengki dengan mereka.
6. Saya tak punya banyak wang . Saya juga tak ada banyak masa terluang. Sebab asyik kerja macam nak gila. Nak bawa anak isteri melancung makan angin dalam negeri pun fikir berkali-kali. Tioman pun tak pernah jejak. Perhentian pun tak pernah sampai. Langkawi pun setakat tengok kat TV saja. Tak berpeluang menikmati keindahan dunia ciptaan Tuhan. Di mana nikmat kehidupan. Kerja tak berenti tapi mana duitnya…..mana masanya untuk menikmati kehidupan.
7. Saya pun nak merasa senang juga dalam kehidupan ini. Kalau saya ada duit macam2 saya boleh buat, Boleh tolong orang susah, boleh berbakti dengan anak2 yatim, boleh sumbang pada rumah2 kebajikan, boleh sumbang pada pondok2 pengajian agama, boleh cantikkan surau di tempat saya, boleh sumbang pada mesjid, boleh buat umrah, boleh naik haji, makan angin keluar negeri bawa anak isteri bersama tak salah kan? Kalau tak ada duit setakat berangan sajalah. Tambah2 pula kalau tak berani dan tak mau buat apa2 . Tak mahu berusaha dan mengambil peluang yang datang. Kalau tak berani berkorban sikit tak payahlah mengharapkan keajaiban berlaku. Nak buat bisness ini pun mesti ada sikit duit dalam saku. Kalau tidak……mau sembang apa???
Saya pun ada impian. Nak juga saya ada rumah besar, laman besar, kereta besar, swimming pool , ada air terjun dalam taman tepi banglo hidup happy ada duit, ada masa untuk menikmati kehidupan. Salahkah saya pasang impian begitu? Apa saya tak boleh capai ke? Jawabnya Ya…Tidak Mungkin ! jika sekadar berangan kosong dan bermimpi disiang hari. Kalau usaha betul2 dan kena dengan caranya nescaya Allah izinkan kenapa tidak ?. Saya sedang berusaha ke arah itu. Ayuh marilah kita buat sama-sama. Kalau tak reti tanyalah pada yang lebih arif. Carilah mentor. Saya bersedia pikul tanggungjawab melatih anda. Kalaulah saya tak cukup ilmu dan persediaan cara bekerja yang betul dalam bisness ini, anda fikir saya berani memasarkan peluang ini sampai ke tahap ini? Kepada anda yang positif inilah satu2nya peluang terbaik yang datang dalam hidup anda.
No comments:
Post a Comment